Main Menu

Teori Semantik


TEORI IMEJAN

 Teori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang digunakan secara meluas oleh pengkaji-pengkaji linguistik tradisional. Mereka bersetuju bahawa setiap perkataan yang disebut, didengar dan dibaca akan ditafsirkan secara automatik oleh fikiran masing-masing.

 Teori ini juga dikenali sebagai Teori Imej Makna. Dapat didefinisikan sebagai imej makna yang tergambar dalam minda penutur atau pendengar apabila sesuatu benda atau perkara disebut. Dalam erti kata lain, makna kata dihuraikan berdasarkan gambaran yang ada dalam fikiran seseorang. Sesuatu perkataan yang dibaca, didengar dan disebut tergambar dalam fikiran dan diinterpretasi sehingga memberi makna yang abstrak

 Imej yang dimaksudkan ini bagaimanapun tidak bersifat visual kerana ia tidak menepati gambaran sebenar yang dimaksudkan secara tepat. Hal ini bergantung kepada keluasan, pengalaman dan ilmu yang dimiliki oleh individu itu sendiri. Justeru, kekurangan teori ini adalah imej yang tergambar dalam fikiran seseorang itu betul atau salah. Individu itu mungkin mempunyai beberapa imej bagi satu ungkapan atau pun dalam situasi yang lain mungkin wujud pula beberapa ungkapan yang berkongsi imej yang sama. Pada hakikatnya, satu nama boleh mempunyai lebih daripada satu pengertian dan juga sebaliknya.

 Misalnya frasa ‘bunga. Ada yang memahami frasa ini sebagai beberapa kuntum bunga. Sebaliknya ada juga yang mungkin memahami bahawa frasa itu mempunyai dua maksud, iaitu beberapa kuntum bunga dan anak gadis yang diibaratkan seperti bunga dalam masyarakat Melayu.

 Contoh kedua ialah ‘doktor gigi’. Bagi golongan orang dewasa khususnya, doctor gigi merupakan seorang lepasan ijazah yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, dan tugasnya adalah mecabut atau memeriksa gigi pesakit, situasi berbeza berlaku apabila panggilan ini disebut kepada kanak-kanak, mereka akan terbayangkan dalam fikiran mereka seorang doctor yang serba putih akan memegang jarum yang besar serta alat-alat untuk mencabut gigi yang menyeramkan.

  TEORI TINGKAH LAKU (BEHAVIORISME)

 Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Dalam bidang semantik pula, Leonard Bloomfield (1933) menggunakan teori ini dengan cara menganalisis makna berdasarkan tingkah laku yang dapat diperhatikan dan jika tidak ia hanya akan dianggap sebagai andaian sahaja. Dalam erti kata lain,individu akan dapat menggunakan dan membezakan perkataan yang digunakannya dengan betul hasil daripada tindak balas yang diberi oleh orang lain kepadanya.

 Empat ciri umum teori behaviorisme ialah menolak konsep mentalisme yang mengkaji pemikiran dan konsep abstrak data yang dapat disahkan, mempercayai bahawa tingkah laku manusia dan haiwan mempunyai persamaan, tingkah laku manusia dalam berbahasa disebabkan keperluan untuk bersosialisasi dan perlakuan manusia ada hubungan dengan rangsangan (stimulus) dan gerak balas.

 Menurut teori ini, makna merupakan bentuk tindak balas yang terhasil daripada rangsangan yang diperoleh oleh penutur dan pendengar dalam komunikasi yang berlangsung antara mereka. Rangsangan tersebut berlaku samada melalui proses perkaitan antara proses mendengar dengan bertutur atau hasil pembelajaran.

 Osgood (1980) telah menjalankan kajian semantik yang lebih menekankan proses penutur menghasilkan ujaran dan tindak balas pendengar untuk memahami ujaran tersebut. Hal ini bermaksud perlu wujudnya situasi saling memahami makna yang sama bagi kata-kata yang digunakan.

 Contohnya seseorang itu akan marah jika dikatakan ‘Engkau bodoh seperti lembu” kerana dia mampu mengaitkan makna kata ‘bodoh seperti lembu’ itu dengan ciri haiwan ‘lembu’ yang dimaksudkan. Sebaliknya, kita tidak menggunakan ujaran ‘Engkau lambat seperti kambing’ kerana makna kata ‘lambat seperti kambing’ itu tidak dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat haiwan yang dimaksudkan.

 Contoh mudah lain adalah “ihsan, saya mengantuk. Tolong tutup suiz lampu’’ kata zul. zul yang berasa mengantuk meminta tolong daripada ihsan untuk menutup suiz lampu. mengantuk ialah rangsangan, manakala perbuatan meminta tolong tutup suiz lampu ialah gerak balasnya. Kedua-dua unsur ini didapati berturutan. Justeru, adalah dapat disimpulkan di sini bahawa hubungan operasi R————-S ini adalah mampu menghuraikan makna ujaran dalam aspek semantik.

0 comments:

Post a Comment