Main Menu


Kata kerja terbahagi kepada :

A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )

B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )


A. Kata Kerja Transitif

1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).

2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )

3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.


1.             Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. Contohnya: Atan mendengar radio.

‑              mendengar ialah kata kerja transitif

‑              radio ialah objek (kata nama)

Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men‑, men ...i, men ...kan, memper‑, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:


Contoh ayat :


1. Kucing itu menangkap seekor burung.

2. perempuan itu menjual sayur.

3. Bapa sedang menulis surat.


Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut.


(a)           Pak Abu menjala ikan.

(b)           Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.

(c)           "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.

(d)           Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.

(e)           Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.

(f)            Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.

Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu


B. Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.

Contohnya :

1. Mereka berjalan pada hari cuti.

2. Anjing itu sedang tidur.

3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.

Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.

Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah



 7.1 Kata Kerja Tak Transitif

1.             Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.

2.             Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber‑, men‑, ter‑, ber... an,

dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Murid‑murid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.



Peringatan



Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’

di hujungnya.

Contoh ayat:


1. Mereka menjalankan jentera itu.

2. Emak sedang menidurkan adik.

3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.

4. Halim mengikuti perbualan mereka.

5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.


Kata Kerja Pasif

1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men‑. Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.

2. Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga

3.Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku‑. Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.

4.Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan kau‑. Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.

5              Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di‑. Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan


Kata kerja (KK) merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.





(I)Kata Nama Am
Kata Nama Am digunakan untuk menyatakan nama orang, binatang, benda dan tempat secara umum.
Contoh: kereta, ayah, polis, kucing, sekolah

(II)Kata Nama Khas
Kata Nama Khas ialah kata yang merujuk nama orang, binatang, tempat dan benda secara khas. Semua kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya.

(III) Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah kata yang digunakan bagi menggantikan kata nama.

(a) Kata Ganti Nama Diri
- Digunakan untuk menggantikan nama manusia. Kata ganti nama diri dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.

Contoh: Kata ganti nama diri pertama - saya, aku, beta
Kata ganti nama diri kedua- awak, kamu, engkau
Kata ganti nama diri ketiga- dia, mereka, beliau

(b) Kata Ganti Nama tunjuk
Digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan, manusia dan tempat.
Contoh: ini, itu 

(c) Kata Ganti Nama Tanya
Digunakan untuk menanyakan hal, benda, orang dan binatang.
Contoh: apa, siapa, mana

(d) Kata Ganti Nama Tempat
Digunakan untuk menunjukkan kedudukan orang, benda, haiwan dan tempat.
Contoh: sana, sini, situ 

(e) Kata Ganti Nama Tak Tentu
Digunakan untuk menggantikan orang, haiwan, benda dan tempat yang tidak khusus.
Contoh: apa-apa, siapa-siapa, mana-mana, bila-bila


GOLONGAN KATA 
1)       Kata nama
2)       Kata kerja
3)       Kata adjektif
4)       Kata tugas

KATA NAMA
Subgolongan kata nama:
a) kata nama am
b) kata nama khas
c) kata ganti nama

Kata Nama Am
a) konkrit (konsep kebendaan – kambing, sungai, jambatan, pekerja)
b) abstrak (konsep mujarad – mimpi, idaman, perpaduan, kemerdekaan)

Kata Nama Khas
a) hidup (manusia – Azhar, Suria, P. Ramlee)
hidup (bukan manusia – Tompok, Sang Rangkak, Vanda Diana)
b) tak hidup (Johor Bahru, Kepala Batas, Gunung Tahan, Naza Citra)

Kata Ganti Nama
a) tunjuk (umum – ini, itu)
tunjuk (tempat – sini, situ, sana)
b) diri (tanya – siapa, apa, mana)
orang (pertama – aku, saya, beta, patik, kami, kita)
orang (kedua – saudara, kamu, engkau, tuanku, anda)
orang (ketiga – ia, dia, beliau, mereka, -nya)

KATA KERJA
Subgolongan kata kerja:
a) kata kerja tak transitif
b) kata kerja transitif
Kata Kerja Tak Transitif
a) tak berpelengkap (bangun, tersenyum, berjalan, melancong, meninggi)
b) berpelengkap (beransur, tinggal, menjadi, berbuat, ada, berbantalkan)
Kata Kerja Transitif
a) aktif (membeli, melihat, memasukkan, mengabaikan, memperisteri)
b) pasif (dibeli, dilihat, dimasukkan, diabaikan, diperisteri)

KATA ADJEKTIF
Subgolongan kata adjektif:
a) sifatan (baik, sihat, segar, layu, tegap, sibuk, tenang)
b) warna (putih, biru, kuning, hijau, merah, ungu, perang)
c) ukuran (panjang, pendek, nipis, cetek, kecil, tohor)
d) bentuk (bulat, bundar, leper, bujur, lonjong)
e) pancaindera
(rasa – sedap, manis, masam, kelat, tawar)
(pandang – cantik, molek, hodoh, ayu, buruk)
(dengar – merdu, mersik, nyaring, bising)
(bau – harum, wangi, busuk, hapak)
(sentuh – halus, licin, keras, kasar, lembut)
f) waktu (cepat, spontan, lewat, lambat, awal)
g) cara (laju, deras, perlahan)
h) perasaan (rindu, geram, asyik, berahi, benci)
i) jarak (jauh, dekat, hampir, nyaris)

KATA TUGAS
Subgolongan kata tugas:
a) kata hubung (dan, atau, kerana)
b) kata seru (wah, amboi, aduh)
c) kata tanya (apa, siapa, bagaimana)
d) kata perintah (sila, tolong, harap)
e) kata pangkal ayat (hatta, maka, syahadan)
f) kata bantu (akan, sudah, pernah)
g) kata penguat (sangat, paling, nian)
h) kata penegas (juga, -lah, -tah, pun)
i) kata nafi (bukan, tidak)
j) kata pemeri (ialah, adalah)
k) kata sendi nama (dari, dengan, di, ke)
l) kata pembenar (ya, benar, betul)
m) kata bilangan (dua, segala, masing-masing)
n) kata arah (atas, bawah, dalam)
o) kata adverba (begini, selalu, diam-diam)
p) kata pembenda (-nya)
q) kata penekan (-nya)
Kata Adverba
Perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.

Bentuk Kata Adverba
a) jati (semalam, kelmarin, sering kali, saling, sekali gus, sentiasa, nanti, serentak)
b) asalnya kata adjektif (laju, besar, lesu, panjang, tinggi, hampir, selalu)
c) asalnya kata kerja (berkilat, mengiring, meninggi, menyala, berseri)
d) bentuk gandaan
(gandaan penuh – betul-betul, pura-pura, sedikit-sedikit, cepat-cepat)
(gandaan separa – bermalam-malam, semahu-mahunya, sepandai-pandai)
(gandaan berentak – sedu-sedan, hingar-bingar, susup-sasap, mundar-mandir)

Ayat contoh:
1) Pelancong itu akan tiba esok dari England.
2) Dia hampir terjatuh ketika menyidai pakaian.
3) Ketam ialah haiwan yang berjalan mengiring.
4) Dia betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya.
5) Mereka sesat bermalam-malam di puncak gunung itu.
6) Pahlawan itu akan dikenang selama-lamanya.
7) Hartawan itu berbelanja besar-besaran untuk majlis tersebut.
8) Anak itu menangis sedu-sedan apabila ditinggalkan ibunya.

Menurut Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga 2008), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu: 
1.             Bentuk kata tunggal 
2.             Bentuk kata terbitan  
3.             Bentuk kata majmuk 
4.            Bentuk kata ganda

Kata Tunggal
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan.  Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami sebarang proses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks, masyarakat dan yu. Daripada segi persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada pelbagai bentuk.
Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan.  Sebagai contoh, bentuk perkataan gelunggolong, dan gulung tidak boleh disalahgunakan dalam struktur ayat kerana perkataan itu sudah jelas memberikan makna yang berbeza.  Perkataan gelung merujuk kepada benda-benda yang berlingkar, lengkung atau ikal seperti tali, rotan dan rambut.  Perkataan golong bermaksud mengasingkan ke dalam kumpulan tertentu.  

Kata terbitan          
Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu (i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar, (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, (iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar

Kata Majmuk

Kata Majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan perkataan yang terhasil membawa makna tertentu, bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja berpisah.  Contoh kata majmuk kerani besarruang tamubiru laut dan telefon dail terus.

Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa.  Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagi unit, dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan.  Anatara rumah batu, misalnya tidak dapat disisipkan perkataan yang ( rumah yang batu) atau perkataan dan (rumah dan batu).  Ini berbeza dengan rumah besar, sebuah  frasa yang boleh menerima yang ( rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan ( pinggan dan mangkuk).

Kata Ganda Separa
Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja.  Kata ganda boleh terdiri daripada:
i. Kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang pengulangaannya berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepe




Bentuk Kata Majmuk
Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dipisahkan kepada tiga kelompok:

(i)terdiri daripada rangkaian kata bebas
1.            biru laut
2.            tengah hari
3.            kuning langsat
4.            Perdana Menteri
5.            Duta Besar
6.            Naib Canselor
7.            Ketua Setiausaha Negara
8.            gambar rajah
(ii) berbentuk istilah khusus

1.            model linear
2.            garis pusat
3.            pita suara
4.            kertas kerja
5.            batu kapur
(iii) mendukung maksud kiasan (simpulan bahasa)
1.            kaki ayam
2.            buah hati
3.            bulan madu
4.            tumbuk rusuk
5.            makan angin
(iv) Bentuk yang telah mantap sebagai satu perkataan yang utuh dan dieja sebagai satu perkataan
1.            antarabangsa
2.            beritahu
3.            bumiputera
4.            jawatankuasa
5.            kakitangan
6.            kerjasama
7.            setiausaha
8.            sukarela
9.            suruhanjaya
10.          tandatangan
11.          tanggungjawab
12.          warganegara
13.          pesuruhjaya
14.          suruhanjaya
15.          ( tak ingat??? akan dimasukkan kemudian :P)

Terdapat sejumlah perkataan dalam golongan kata tertentu yang secara lazim dieja bercantum:
Kata nama
1.            peribadi
2.            peribahasa
3.            hulubalang
4.            dinihari
5.            perikemanusiaan
Kata adjektif
1.            sukacita
2.            dukacita

Kata sendi nama
1.            kepada
2.            daripada
Kata hubung
1.            apabila
2.            manakala
3.            padahal
4.            darihal
5.            barangkali
6.            kadangkala
7.            apakala
8.            walhal
Kata tanya
1.            bagaimana

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja
1.            alat-alat tulis
2.            balai-balai raya
3.            suku-suku kata
4.            jirim-jirim organik
5.            Naib-Naib Canselor
6.            Ketua-Ketua Menteri
Satu kecualian: Kata yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur
1.            pesuruhjaya-pesuruhjaya
2.            warganegara-warganegara
3.            tandatangan-tandatangan
4.            jawatankuasa-jawatankuasa
5.            setiausaha-setiausaha
Pengimbuhan kata majmuk
(i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah
1.            campur aduk --> bercampur aduk
2.            litar selari --> berlitar selari
3.            ambil alih --> mengambil alih
4.            temu bual --> ditemu bual
5.            daya serap --> daya serapan

(ii) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum
1.            campur aduk --> mencampuradukkan
2.            daya serap --> kedayaserapan
3.            garis pusat --> menggarispusatkan
4.            satu padu --> menyatupadukanurus
5.            niaga --> diurusniagakan
Peringatan: Kata majmuk tidak menggunakan sempang (-), kecuali ketika penggandaan pada kata ganda.