Menurut Tatabahasa Dewan
(Edisi ketiga 2008), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu
iaitu:
1.
Bentuk kata tunggal
2.
Bentuk kata terbitan
3.
Bentuk kata majmuk
4.
Bentuk kata ganda
Kata Tunggal
Perkataan-perkataan
dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan
gandaan. Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak
mengalami sebarang proses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred,
seluar, teks, masyarakat dan yu. Daripada segi persukuan kata, kata-kata
tersebut terdiri daripada pelbagai bentuk.
Setiap bentuk tersebut mempunyai cara
pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai
rujukan. Sebagai contoh, bentuk perkataan gelung, golong,
dan gulung tidak boleh disalahgunakan dalam struktur ayat
kerana perkataan itu sudah jelas memberikan makna yang berbeza. Perkataan gelung merujuk
kepada benda-benda yang berlingkar, lengkung atau ikal seperti tali, rotan dan
rambut. Perkataan golong bermaksud mengasingkan ke dalam kumpulan
tertentu.
Kata
terbitan
Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk
melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata
dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada
empat jenis iaitu (i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar, (ii) akhiran, yang
hadir sesudah kata dasar, (iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar,
iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan (iv) sisipan, yang hadir di celahan
kata dasar
Kata Majmuk
Kata
Majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau
lebih, dan perkataan yang terhasil membawa makna tertentu, bertindak sebagai
satu unit dan lazimnya dieja berpisah. Contoh kata majmuk kerani
besar, ruang tamu, biru laut dan telefon
dail terus.
Kata
majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua perkataan digabungkan
menjadi kata majmuk bertindak sebagi unit, dengan maksud tidak boleh menerima
sebarang penyisipan. Anatara rumah batu, misalnya tidak
dapat disisipkan perkataan yang ( rumah yang batu) atau perkataan
dan (rumah dan batu). Ini berbeza dengan rumah besar,
sebuah frasa yang boleh menerima yang ( rumah yang besar)
atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan ( pinggan
dan mangkuk).
Kata Ganda Separa
Kata ganda separa ialah kata ganda yang
terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Kata
ganda boleh terdiri daripada:
i. Kata ganda yang berasal daripada kata dasar
tunggal yang pengulangaannya berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai
pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepe
0 comments:
Post a Comment